Salam Sejahtera !!


Wednesday, July 28, 2010

Oh Gaza !!!!



Hari ini aku terpaksa meninggalkan laman web yang sedang aku create. Tak tahu berapa lama lagi akan siap. Ini bukan laman web biasa iaitu empat atau lima pages. Hingga hari ini dah ada lebih 50 pages. aduh !!! Web untuk Travel Agent, inilah kebiasaannya.
Awal pagi lagi terpaku di depan BIMB. Macam Pak Guard pula. Nak buat macam mana.. Airlines dah memekak...duit tambang untuk sukarelawan ke Gaza belum dijelaskan lagi. Kami diberi penghormatan menguruskan sejumlah 45 org NGO ke bumi Gaza. Antara yang turut serta ialah Nizal Mohamad bekas pengacara TV3, YB Zulkifli Nordin, YB Zuraidah, NGO-NGO dll. Majlis Doa Selamat akan diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor pada 5hb. Ogos. Penerbangan kali ini adalah dengan Jordan Airlines melalui Amman dan ke Cairo. Dari Cairo menggunakan pengangkutan darat ke Aris, Hudud Dauli dan Gaza. Pihak kami menyediakan 2 orang pemandu pelancong di sana untuk menguruskan bagi pihak kami.
Aku tidak turut serta, bukan kerana takut, tapi....belum bersedia dari segi fizikal dan mental. Lagi pun banyak urusan di pejabat yang harus dibereskan. Mata pun dah tak tertahan ni. mengantuk lak. Esok kita sambung lagi...

No comments:

Post a Comment