Salam Sejahtera !!

Friday, July 30, 2010

MATTA Dinner

Tak ada apa yang menarik pada dinner MATTA tahun ni. Penat rasanya terpaksa memandu 2 jam dari Ipoh. Hasrat untuk bertemu rakan tak kesampaian. Ramai yang menyepi dan tak ikut serta. Atau barangkali berada di luar kota atau pun luar negara. Jamuan bermula jam 7.30 malam tapi kami sampai dah jam 8.30 malam. Tersangkut kesesakan di bandaraya Ipoh kerana waktu kakitangan pulang dari pejabat.
Menu disediakan "Chinese Food". Ini bukan kegemaranku. Habis dinner, ke Coffe House di Legend Hotel kerana rasanya tak puas minum tadi. Selesai minum bersama kawan2 di Coffe House, terus ke Dato Keramat kerana ada urusan kerja jam 12.00. Bertolak balik jam 1.00am dan tiba di Ipoh lebih kurang jam 3.00am dan terus zzzzzzzzzzzz.

Thursday, July 29, 2010

Tip bercuti di Pergunungan

BERCUTI ke kawasan pergunungan memang mengasyikkan. Cuaca pergunungan yang sejuk dan nyaman membuat fikiran menjadi tenang.
Memanfaatkan cuti hujung minggu untuk melihat matahari terbit, mendaki gunung atau melihat pemandangan yang memukau dan indah di kawasan pergunungan pastinya meninggalkan 1001 kenangan manis.

Namun, sebelum ke sana, sediakan persiapan dahulu.

Berikut beberapa panduan boleh digunakan ketika bercuti di kawasan pergunungan.

# Pelembap bibir. Suasana kawasan pergunungan yang sejuk dan berudara kering boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah. Untuk menghindarinya sebaiknya gunakan pelembap bibir atau lip balm. Selain melembapkan, ia membuat kulit bibir segar.

# Selendang dan jaket. Gunakanlah selendang dan jaket daripada bahan yang tebal untuk melindungi tubuh dari kesejukan udara pergunungan.

# Pelembap wajah. Ia sangat penting untuk menghindari kulit kering dan mengelupas akibat perubahan cuaca.

# Balsam. Lindungi tubuh dari udara sejuk dengan balsam atau bahan-bahan yang dapat menghangatkan tubuh anda.

# Penutup telinga. Cuaca di kawasan pergunungan terkadang membuat telinga berdengung dan terasa sakit. Justeru, penggunaan penutup telinga adalah langkah terbaik supaya pendengaran tidak terganggu dan telinga terasa lebih selesa.

# Ubat antimabuk. Perjalanan jauh ke kawasan pergunungan boleh membuat perut mual. Justeru, makan ubat anti mabuk sejam sebelum perjalanan supaya tubuh bersedia menempuh perjalanan yang panjang.

# Aromaterapi. Dengan wangian yang dapat menenangkan fikiran, anda dapat menikmati indahnya panorama pergunungan yang lebih mendamaikan.

# Kamera. Jangan lupa membawa benda yang satu ini, kerana gambar pergunungan yang indah dan sejuk perlu diabadikan.

# Makanan. Bekalan makanan yang secukupnya ini jangan sampai ketinggalan. Masukkan terus ke dalam beg. Selain makanan, bawa juga minuman yang dapat memanaskan badan.

Wednesday, July 28, 2010

Lokasi Makanan HALAL di Ho Chi Minh

Apabila menyebut Bandaraya Ho Chi Minh, Saigon dan Hanoi, kita masih terkeliru. Bagaimana cara nak mudahkan ingatan kita. Untuk makluman, Hanoi terletak di Utara. Ho Chi Minh atau Saigon adalah sama. Saigon nama lama dan kini lebih dikenali sebagai HCM. Tetapi...dalam urusan penerbangan tetap dicetak perkataan Saigon.
HCM juga dikenali sebagai destinasi percutian. Walaubagaimana pun satu perkara yang sering membataskan pemergian kita ialah Makanan Halal. Terdapat beberapa restoran samada diuruskan oleh rakyat tempatan atau luar negara yang menyediakan makanan Islam. Antaranya ialah :

Daftar Restoran Halal di Ho Chi Minh City

1. Restoran di belakang masjid Jamia
66 Dong Du street, District 1 - HCMC
Sering dikunjungi oleh masyarakat Malaysia dan Indonesia terutama pada waktu makan siang sebelum solat Jumat. Menu makanan favorit adalah Kari daging ayam dan daging kambing, sup kambing, cah buncis dan lainnya. Jangan lupa untuk order krupuk khas restoran ini yang disebut dengan "papadam".
Bajet lebih kurang VND 60.000 - 80.000 seorang.

2. Bombay restoran

49 Dong Du street, District 1 - HCMC
Tersedia menu makan siang dan makan malam dengan kisaran harga sekitar VND 70.000 per orang. Tergantung pula jenis makanan yang anda pesan.

3. Lion City Cafe & restaurant; 98 Le lai Street, Ben Thanh Ward, District 1, HCM City.
Telp. +84-8-9253971
Operation hours: 07.00 am - 11.00 pm.
Menu makanan yang disediakan cukup menyelerakan dengan citarasa pedas. Juga melayani delivery service (EN) 0938111212 tanpa minimum order, akan tetapi dikenakan charge untuk penghantaran sekitar VND 5.000 - 30.000.

4. D'Anjung Malaysia
Food Court Parkson Plaza Lt. 3, 45 Le Thanh Ton Street, District 1, HCMC.

Nasi lemak sebagai menu andalan dengan sajian teh tarik khas Malaysia. Menu akan selalu dipanaskan menggunakan microwave sebelum disajikan. Harga antara VND 47.000 - 75.000

5. Restoran Empat Musim (Bon Mua) - Four Season
Nr. 2 Thi Sach street, District 1, HCMC

6. Food Counter Taj Mahal
Food Court Parkson Plaza Lt. 3, 45 Le Thanh Ton Street, District 1, HCMC
Menunya rendang, roti canai (kane), bakwan dan ayam dimasak ala India.

7. Quan An Sulayman
TK 25/40 Tran Hung Dao, Ward Chau Kho, District 1- HCMC

8. Halal@Saigon
31 Dong Du street, District 1 - HCMC
Pemilik restoran adalah warga negara Malaysia. Terdapat pula menu makanan Vietnam tetapi halal karena menurut pemilik restoran semua bahan makanan seperti daging sapi dan ayam dibeli dari masyarakat muslim Vietnam. Sedikit lebih mahal dibandingkan dengan Bombay restoran.

9. Restoran Samsuddin
10.Restoran Tandoor dll

Oh Gaza !!!!

Hari ini aku terpaksa meninggalkan laman web yang sedang aku create. Tak tahu berapa lama lagi akan siap. Ini bukan laman web biasa iaitu empat atau lima pages. Hingga hari ini dah ada lebih 50 pages. aduh !!! Web untuk Travel Agent, inilah kebiasaannya.
Awal pagi lagi terpaku di depan BIMB. Macam Pak Guard pula. Nak buat macam mana.. Airlines dah memekak...duit tambang untuk sukarelawan ke Gaza belum dijelaskan lagi. Kami diberi penghormatan menguruskan sejumlah 45 org NGO ke bumi Gaza. Antara yang turut serta ialah Nizal Mohamad bekas pengacara TV3, YB Zulkifli Nordin, YB Zuraidah, NGO-NGO dll. Majlis Doa Selamat akan diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor pada 5hb. Ogos. Penerbangan kali ini adalah dengan Jordan Airlines melalui Amman dan ke Cairo. Dari Cairo menggunakan pengangkutan darat ke Aris, Hudud Dauli dan Gaza. Pihak kami menyediakan 2 orang pemandu pelancong di sana untuk menguruskan bagi pihak kami.
Aku tidak turut serta, bukan kerana takut, tapi....belum bersedia dari segi fizikal dan mental. Lagi pun banyak urusan di pejabat yang harus dibereskan. Mata pun dah tak tertahan ni. mengantuk lak. Esok kita sambung lagi...

Monday, July 26, 2010

Bengkel Website

Salam Sejahtera,

Per: Bengkel Membina Laman Web Secara Praktikal Dan Mudah
Perkembangan dunia ICT terlalu cepat. Kita merasa diri amat kerdil, kerana gagal mengapai apa yang kita hajati di dunia tanpa sempadan seiring dengan pengguna internet di Malaysia dianggarkan 15 juta dan pertambahannya terlalu pantas.

Bengkel ini akan menjawab persoalan: "Bagaimana memulakan proses membina website dari kosong (tanpa asas) sehingga terhasilnya sebuah website promosi yang lengkap dan terus boleh digunapakai untuk promosi apa juga bisnes yang anda sedang ceburi" Caranya amat mudah dan anda tidak perlu menjadi seorang pakar dalam bidang IT untuk memulakan proses mencipta dan membina sebuah website perniagaan yang baik.

Bengkel ini dikendlikan secara interaktif dan tidak formal bagi memastikan peserta dapat mengikutinya walaupun bermula dalam keadaan buta IT, setiap orang memiliki peluang sama untuk menjana pendapatan besar di Internet. Semuanya bermula dengan pengetahuan asas mengenai website.

Saya bukan pakar teknikal dan hal-hal yang bersifat teori dan berciri akademik, namun saya mempunyai teknik dan cara tersendiri yang lebih menekankan kepada bagaimana melakukan sesuatu yang berhasil dan menguntungkan.

Bengkel ini merupakan peluang keemasan kepada Orang Baru (Newbie) kerana kaedah pengajaran dan praktikal secara berpimpin dan memberi peluang setiap orang merasai sendiri pengalaman manis yang amat menyeronokkan apabila masing-masing berjaya menyiapkan sebuah website yang baik dengan "air tangan" sendiri.

Hi, nama saya Ismail Khir dan saya bukanlah individu yang mempunyai latarbelakang IT. Cuma kedudukan saya hanya selangkah dihadapan anda. Segala ilmu membina website ini saya kutip dari bengkel, seminar serta pembacaan samaada melalui buku ataupun ebook. Pembiayaan saya untuk mendapat pengetahuan ini juga besar. Begitu juga masa dalam mempraktikkan Try & Error. Antara penghasilan terbaru saya ialah panduancuti.com dan destinasicuti.com.

Hasil dari pembelajaran dan pembacaan itulah saya garapkan agar anda dapat memperolehi ilmu ini dalam masa yang cukup ringkas. Mungkin sehari atau pun dua hari sahaja. Perbelanjaan anda juga cukup murah. Bandingkan tawaran yang diberikan oleh pihak lain.

Fikirkanlah siapa diri anda sekarang Ini. Anda lebih faham kelebihan,
kekurangan, Kekuatan juga kelemahan sendiri.

Logikkah anda ditempatkan di Tahun 6, sedangkan anda baru saja nak bersekolah dan
belum lagi mahir dengan ABC. Hal sebegini pasti terjadi sekiranya anda menyertai bengkel dalam kumpulan yang ramai. Apakah anda pasti anda akan mendapat tumpuan dari tenaga pengajar.

Apakah anda pasti akan mendapat khidmat pakar yang sanggup mengadakan bengkel One On One, dengan masa dan bajet anda.

Sekiranya jawapan anda YA, anda TIDAK layak sertai bengkel ini. Dan sekiranya jawapan TIDAK, carilah kami. Kami sanggup membimbing anda sehingga siap hasil kerja tersebut dipaparkan untuk tatapan umum.

Setiap perniagaan yang dijalankan secara online sudah pasti memerlukan website. Ini adalah rukun utamanya. Tak kiralah apa pun perniagaan seperti jual keropok, kain batik, ikan masin, MLM, jual kereta, rumah dll. Sekiranya kita berkebolehan membina website apa saja boleh kita buat mengikut jenis2 perniagaan. Hanya diri anda sendiri yang tahu apa kemahuan anda. dan bukannya webmaster.

Tahukah anda, ramai usahawan internet TIDAK mempunyai produk sendiri. Mereka ini men-jual produk orang lain. Ianya dikenali sebagai affiliate. Perkara utama yang harus anda ketahui untuk ini adalah website juga. Anda harus tahu membina website bagi tujuan promosi.

Oleh itu rebutlah peluang untuk menyertai bengkel membina website. Pilihlah mana-mana agensi yang menganjurkan. Anda bebas membuat pilihan. Kami hanya membuka peluang dan ingin membantu. Sekiranya anda memilih kami, Insyaalah saya akan pimpin anda menuju ke satu matlamat.
...seterusnya sila layari http;//www.jombuatweb.com

...seterusnya sila layari http://www.jombuatweb.com

Panduan Cuti DIY - Bandung

Per: Buku Panduan Melancong Ke Bandung

Salam Sejahtera,

Untuk edisi kali ini saya akan menulis tentang Kota Bandung yang sentiasa menggamit kedatangan para wisata lokal juga pelancong dari luar Indonesia. Kota yang dikatakan syurga membelibelah dan pusat fesyen terkini. Website ini didedikasikan untuk mereka yang ingin bercuti sambil membeli-belah ke Kota Bandung secara independent (DIY) dengan tujuan penjimatan.

Tahukah Anda bahawa melancong ke luar negara tidak lagi memerlukan perbelanjaan yang tinggi atau untuk golongan tertentu sahaja. Anda juga mampu merealisasikan impian itu, sekiranya anda tahu caranya. Anda tidak perlu untuk menjadi kaya, tapi anda perlu tahu cara-caranya. Usah bimbang!, teruskan membaca...kerana saya akan terus membantu anda dengan panduan serta tip-tip agar perjalanan anda lebih teratur tanpa masalah. Panduan yang diberikan bermula dari perancangan awal sehinggalah selamat kembali bersama kenangan percutian anda .

Ingat!!!...dengan hanya sedikit modal mendapatkan ebook ini, anda tidak perlu lagi menggunakan khidmat orang tengah atau mencari lain-lain rujukan. Tawaran kami adalah terhad. Ebook ini tidak dijual di kedai. Dapatkan terus secara online dari penulis untuk rujukan anda pada masa terdekat atau simpanan. Untuk makluman anda, kos ke Bandung secara berkumpulan dengan agensi pelancongan adalah di antara RM1,250 hingga 1,500.00 untuk tempoh 4 hari 3 Malam.

Percayalah, Jika anda membaca Langkah Demi Langkah yang diberi, anda pasti boleh melakukannya. Melalui ebook ini juga, saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang belum pernah ke Bandung. Jadikan ini sebagai panduan anda kerana belum ada satu penerbitan pun yang mengkhususkan tentang lawatan ke sana secara terperinci.

Sekiranya ada memilih untuk pergi melancung secara persendirian, anda bebas memilih tarikh dan masa mengikut aturcara anda sendiri. Tidak perlu terikat mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak ketiga. Kebiasaannya, apabila kita menyertai percutian berkumpulan, kita terikat dengan itinerari (Jadual aturcara). Samada suka atau tidak, anda terpaksa mengikuti tiap aturcara yang telah diatur oleh pihak penganjur. Oleh itu DIY memberikan anda kebebasan dan lawatan anda akan lebih relax.

DIY juga, memberi peluang dan kepuasan kepada anda untuk membuat aturcara sendiri, samada memilih untuk lawatan biasa, shopping, lawatan ke tempat- tempat bersejarah dll.