Salam Sejahtera !!


Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan


Selamat Menyambut Kemerdekaan, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Sambutan kemerdekaan Tahun ini kurang meriah kerana jatuhnya pada bulan puasa. Dan satu lagi, kita diselubungi konfrantasi dengan kumpulan BENDERA Indonesia yang membakar bendera kita. Membakar bendera kita berarti menghiris perasaan kita. Kumpulan yang tak tahu mengenang budi. Negara manakah yangh akan tampil dahulu menghulur bantuan andainya mereka dilanda musibah. lihat saja di Acheh, Jogja & Bandung. Kumpulan ini hanya diwujudkan untuk mencari apa saja masalah dengan Malaysia yg dianggap jiran mereka. Tidakkah terpikir dikepala otak mereka, negara manakah yang paling banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat mereka. Apa yang mereka mahu sweep Malaysia. Berapa kerat saja rakyat Malaysia yang menagih pekerjaan di Indonesia berbanding dengan mereka yang sanggup meredah laut sebelum bergelar PATI .
Saya pernah beberapa kali berada disana ketika berlakunya konfrantasi. Majoriti rakyatnya menyalahkan Malaysia terutamanya perihal Ambalat sehinggalah kes rumahtangga Manohara. Ini semuanya adalah gara-gara media massa mereka.
Tapi syukur Alhamdulillah Bapak SBY tidak terpengaruh dengan semuanya ini kerana beliau tahu kumpulan BENDERA adalah kumpulan yang kecewa dan pasukan upahan. Walau bagaimana pun rentetan dari peristiwa itu telah menjejaskan kami para wisata Malaysia dan juga Indonesia. Lawatan ke Indonesia terpaksa dibatalkan atau KIV. Kami terpaksa beralih ke destinasi lain seperti Bangkok, HCM dan Beijing.
Satu lagi yang amat menyentuh perasaan saya, dalam banyak blog yang menghentam Malaysia, terdapat bloggers2 dari Sumatera yang sanggup mempertahan Malaysia. Katanya, kita adalah serumpun. Bagaimana pula dengan Jawa Malaysia dan Jawa di Pulau Jawa?. Lu fikirlah sendiri...............

Sunday, August 22, 2010

Alahai..Ho Chi Minh

Penulis di hadapan Sheraton Hotel yang bersebelahan dengan Masjid, Dong Du Street, HCM

Perjalanan ke HCM lebih singkat kalau nak dibandingkan dengan Jakarta atau Bandung. Perbezaan masa adalah 1 jam lebih awal. Waktu HCH adalah sama dengan WIB (Waktu Indonesia Barat seperti Jakarta & Bandung). 3 perkara utama yang amat dirasai di HCM ialah Lalulintas, Makanan Halal dan Shopping.Antara pilihan di Ben Thanh Market

Walaupun tiada lampu isyarat di sini(ada le 1 dua saja), perjalanan berjalan lancar. tak ada accident pun. Mereka sabar agaknya. Naik motor pun tak ler laju walaupun anda jarang jumpa polis traffic. Kat negara kita, lagi ramai polis jaga lagi ramai yang nak tunjuk action. Saya bertanya pada teman di sini, mana polis, tak nampak pun. Dia jawab, polis ada kat balai dan tak perlu ronda pun semuanya suksess. Dan saya ambil keputusan mengatakan bahawa di sini aman dan tiada kegiatan mat rempit dan kes ragut. kita bebas kemana sahaja. Yang menjadi masalah ialah bahasa pertuturan.

Keduanya makanan halal. Walaupun banyak juga terdapat restoran Halal, kehalalalnya setakat mana kita tak tahu kerana ownernya kebanyakkannya bukan Islam melainkan yang dipunyai oleh Melayu Champa. Kiranya anda menginap berhampiran Masjid Jamek iaitu di Jalan Dong Do ada 3 Restoran Halal iaitu, Restoran Bombay, Halal @ Saigon Dan Four Season. Malam pertama kami makan di
Halal@Saigon. Maaflah, harganya boleh dikatakan mahal. Untuk seorang sekali makan anda perlu ada RM20.00. Tadi saya berbuka di Parkson Foodcourt, makan nasi Briyani. Okey juga harganya RM 12.00 termasuk air teh tarik. Kat Foodcout ini ada 2 gerai Halal iaitu satu gerai Mamak dan satu lagi Selera Anjung Malaysia yang menyediakan nasi campur. Esok nak cuba makan kat Four Season yang terletak disebelah Mai hotel dan hadapan hotel yang saya inap iaitu Ngoc Minh.
Hari 3 - berbuka puasa di Four Season. Cadangan asal nak makan nasi ayam RM 12. Tetapi last minit ubah fikiran, makan nasi biasa (hidang). Aduhai..USD 12 seorang (RM38). Selepas berbuka, berjalan kaki ke Masjid. Disini kita boleh jumpa ramai rakyat Malaysia. Solat Taraweh, adalah lebih kurang 100 orang. Selepas solat Taraweh lepak kat Kedai Mapley (Restoran Bombay). pekena roti canai dan kopi o Vietnam. Harganya boleh tahan gak. 2 kopi o, 1 teh ais dan 1 roti telor + 1 roti canai USD 7 (RM22) huh!!!lumayan pak. Rotai canai segera RM2.50 dan Roti telor RM 6.50.
Kesimpulan apa yang dipelajari di sini ialah :
1. Harga Makanan Halal Mahal
2. Hotel bersepah2, tp tak besar. harga dari USD 30
3. Restoran Halal boleh dipersoalankan.kehalalalnya
4. Lalulintas kelamkabut sebab tak ada lampu isyarat tp perjalanannya okey
5. Tiada Polis yang meronda-ronda
6. Anda boleh guna Dong dan juga USD
7. Untuk shopping, harga kain ela murah dan banyak pilihan. Kalau nak beli sila datang ke sini
8. Barangan sukan dan beg, walaupun bukan asli tp Gred A
9. Jarak penerbangannya lebih dekat dari Jakarta/Bandung
10. Airasia...seperti biasa, peraturannya tetap berbeza antara 1 airport dgn airport yg lain
11. Info terkini..anda harus berhati dgn petugas di Airport HCM. Mereka sengaja ingin periksa
beg anda. Klu tak mahu periksa x apa...just bayar US20. Itu pintanya. Cadangan - setiap
belian anda harus ada resit. bila mahu diperiksa, tunjukkan resit

Wednesday, August 4, 2010

10 Negara Terkecil Yang Kita terlepas pandang (No.7)


7. Comoros is African island nation in the Indian Ocean between Mozambique and Madagascar. The island is an old French colony, and today there is about 300 000 Comorians living in France. 98% of the population is Islamic.
.......continue

10 Negara Terkecil Yang Kita terlepas pandang (No.8)


8. Tuvalu, is a constitutional monarchy with Queen Elizabeth II as head of state. They don’t have regular military forces, and spend no money on defense. Tuvalu is the 4th smallest country in the world. The first inhabitants of the country were Polynesian people.

Tuesday, August 3, 2010

10 Negara Terkecil Yang Kita terlepas pandang


9. Nauru, a former German Empire colony is also known as Pleasant Island of the South Pacific. The people of Nauru are collecting rain water during monsoon rains between November and February because they are very limited on natural fresh water. The most popular sport in this country is Australian rules football, and they have football league with seven teams.

10 Negara Kecil di dunia yang anda TERLEPAS PANDANG


No. 10.
Vanuatu, 90% of Vanuatu people household and consume fish, and 80% are living in rural, isolated villages with their own gardens and food supplies. Scuba diving is a very popular tourist attraction here. Tsunamis are not a rare thing in Vanuatu, and earth- quakes have a negative affect on the country’s economy.
.......bersambung

Bistro/Cafe


Bagi anda yang sering ke kota Bandung (Paris Van Java), saya sertakan 1 lokasi cafe yang boleh anda kunjungi.

Alamat:Paris Van Java Resort, Lifestyle Place
Jl. Sukajadi No. 137-139 kav. GB-58
Telepon:022 82063518 Fax:022 82063519

Cafe Javana Bistro merupakan cafe yang menyajikan menu kuliner perpaduan citarasa antara Western dengan Indonesia yang sesuai dengan slogan cafe tersebut iaitu "Indo-Western Eatery". Menu yang ditawarkan oleh Cafe Javana Bistro seperti Javanese Roast Duck Bistro Style, Togarashi Tenderloin with Red Wine Teriyaki, Colenak Mille Feville, Freestyle Lunch Bento.

Fasilitis yang disediakan di Cafe Javana Bistro seperti akses internet dengan menggunakan WIFI, menerima pembayaran dengan VISA maupun MasterCard. Selain itu desain interior dan eksteriornya membuat anda merasa tenang. Ruang parkir juga disediakan.

Kiranya anda berkunjung ke sini, Cafe Javana Bistro mulai buka pukul 11.00 hingga 22.30 WIB dan pada hari Sabtu dan Minggu mulai pukul 11.00 hingga 00.30 WIB. Cafe ini boleh menampung pengunjung seramai 110 orang dan anda boleh memilih tempat duduk sesuai selera anda, baik di luar maupun di dalam cafe. Tentunya saja kedatangan anda akan disambut dengan senyuman oleh crew cafe ini.
Selamat berlibur....