Salam Sejahtera !!


Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan


Selamat Menyambut Kemerdekaan, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Sambutan kemerdekaan Tahun ini kurang meriah kerana jatuhnya pada bulan puasa. Dan satu lagi, kita diselubungi konfrantasi dengan kumpulan BENDERA Indonesia yang membakar bendera kita. Membakar bendera kita berarti menghiris perasaan kita. Kumpulan yang tak tahu mengenang budi. Negara manakah yangh akan tampil dahulu menghulur bantuan andainya mereka dilanda musibah. lihat saja di Acheh, Jogja & Bandung. Kumpulan ini hanya diwujudkan untuk mencari apa saja masalah dengan Malaysia yg dianggap jiran mereka. Tidakkah terpikir dikepala otak mereka, negara manakah yang paling banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat mereka. Apa yang mereka mahu sweep Malaysia. Berapa kerat saja rakyat Malaysia yang menagih pekerjaan di Indonesia berbanding dengan mereka yang sanggup meredah laut sebelum bergelar PATI .
Saya pernah beberapa kali berada disana ketika berlakunya konfrantasi. Majoriti rakyatnya menyalahkan Malaysia terutamanya perihal Ambalat sehinggalah kes rumahtangga Manohara. Ini semuanya adalah gara-gara media massa mereka.
Tapi syukur Alhamdulillah Bapak SBY tidak terpengaruh dengan semuanya ini kerana beliau tahu kumpulan BENDERA adalah kumpulan yang kecewa dan pasukan upahan. Walau bagaimana pun rentetan dari peristiwa itu telah menjejaskan kami para wisata Malaysia dan juga Indonesia. Lawatan ke Indonesia terpaksa dibatalkan atau KIV. Kami terpaksa beralih ke destinasi lain seperti Bangkok, HCM dan Beijing.
Satu lagi yang amat menyentuh perasaan saya, dalam banyak blog yang menghentam Malaysia, terdapat bloggers2 dari Sumatera yang sanggup mempertahan Malaysia. Katanya, kita adalah serumpun. Bagaimana pula dengan Jawa Malaysia dan Jawa di Pulau Jawa?. Lu fikirlah sendiri...............

No comments:

Post a Comment