Salam Sejahtera !!


Tuesday, December 7, 2010

Citer Terbaru


Dah lama aku tak update blog ni. Agak sibuk sikit akhir-akhir tahun. Bukan sibuk kerana banyak kerja, tapi sibuk kerana x de projek. Biasalah kalau kerja sendiri ni.
Terbaru, aku baru balik dari Kota Kinabalu dan Labuan. Bawa group Ahli Majlis Perbandaran Kemaman hadiri mesyuarat di KK bersama DBKK. Kami berlepas pada 28.11.2010 dalam 2 kumpulan. Kumpulan pertama jam 10.20 pagi dan kumpulan kedua seramai 20 orang jam 12.45pm.
Bukan mudah nak handle group yg terdiri dari Ahli Majlis dan Pengarah-pengarah Jabatan. Semua yg mereka kata mesti jawapannya YES. Biasa ler tu. Perkara yag x ku ingin benar2 berlaku. Wrong communication dgan pihak grounder di sana. Janji nak tunggu kat Airport, ntah mana2 lak dia tunggu. Ini terjadi pada group yg pertama seramai 20 orang. Terbang RM150 buat bayar tambang teksi RM30 x 5 teksi. Bila aku tiba dgn grop kedua jam 3ptg, pemandu bas kata dia nampak grop tu. Dia ingat ada bas lain jemput...lahabau betul, jawapan yg bodoh. Kan aku dah beri "SIGN PAGING" kat syt dia. Rupanya sub, atas sub. Pengajarannya...lain kali deal direct dgn syt yg ada bas persiaran.

Hari pertama di KK tak ada apa yg dibuat. hujan renyai2 membasahi bumi dibawah bayu ni. Aku lepak di Promenade hotel. hotel yg bertaraf 4 bintang. Pukul 6 dah gelap macam kul 8 kat semenanjung. Bertemankan isteriku yg bertindak sebagai Tour Leader, kami menyusuri Pasar Filipina. Kat sini banyak gerai makanan laut. Kebanyakannya ikan, sotong dan udang bakar. Harganya ok. Aku makan ikan pari bakar, nasi goreng dan 2 biji kelapa muda. Untuk 2 orang cuma RM 15. Abis makan balik hotel dan terus tidur keletihan kerna esok ada acara lain.
Hari 2 di KK. Paginya bersarapan di hotel Promenade. Lepas sarapan ronda2 kat KK. Nak cari kedai yg tertulis HALAL agak sukar berbanding di KL atau bandar utama lain di Semenanjung. Apa yang banyak kulihat WE SERVE NO PORK. Harap pihak berkuasa pantau masalah ini. No Pork dan Halal adalah 2 perkara yg cukup berbeza. No Pork..tpi daging yg disediakan bagaimana cara sembelihannya. Wallahualam....
Petangnya, bawa grop ke DBKK untuk taklimat pembangunan. Seperti biasa lah. aku lepak kat bawah saja. Nasib baik bawa isteri sebagai Tour leader, ada juga teman utk borak. Makannya kami diraikan oleh pihak DBKK. Jamuan makan malam Nasi Padang di Jesselton Point. Emmmp..cukup menyelerakan. Sebenarnya aku telah pun datang pada pagi td ke Restoran Nasi Padang Ibu. Tujuannya untuk dptkan sebutharga makan tengahari dan malam. Untuk pakej tersebut RM30 sekali makan. Harga disini lebih mahal dari Kuching. Kalau di Kuching hanya RM20 dan 25 Seafood. Aku lebih suka Kuching dari KK. Pertama..mudah dpt makanan halal dan kedua aku ramai teman2 di situ. Juga dapat ke border Indonesia..shopping sakan.
Hari 3. Apa yg aku bimbangkan selama ini terjadi pada hari ini. Baru saja nak menjamah sarapan pagi, aku diberitahu bahawa YDP nak jumpa. Katanya Ahli Majlis (Dr Masran) accident. Berderau darah dibuatnya. Accident macam mana tanya aku? Rupa2nya beliau patah kaki kat Filipina Market. mungkin tersilap langkah kot. Ada insan berhati mulia yg hantar dia ke Queen Elizabeth hospital. Selepas sarapan, terus aku ke hospital. Ini dah jadi tanggungjawab aku sebagai penyelaras. Selepas berbual dgn Dr Masran, aku dapati hatinya sayu sebab terpaksa tinggal di KK sedangkan rakan2 yg lain telah bersiap dan berkemas beg untuk balik. Terima kasih kepada OCPD Kemaman Supt. Abdullah Sani yg tinggal sebilik dngan Dr Masran. Beliaulah yg kemaskan beg2 dan pakaian rakan sebiliknya dan di bawa ke hospital.
Selesai lawat Dr Masran, aku balik ke hotel untuk uruskan kepulangan peserta. Pada kali ini bas telah tersedia tepat pada masanya. Penerbangan balik jam 3.45 petang. Byee..byee.....
Rupa2nya ada bas henti2 beroperasi dari Airport ke Pusat Bandar (hadapan Wisma Wawasan).
Tambangnya RM1 saja. Dari Airport ke Pusat Bandar, penumpangnya 2 orang saja. Aku dan isteri. Dah dapat jimat RM28. Lain kali klu ada teman2 nak ke KK, naik bas jer. lebih jimat.

Balik dari Airport, terus ambil beg kat Promenade hotel. Kali ini bertukar hotel. Hanya ingin mencuba kelainan. Pindah ke Switz Paradise. Terletak di Tkt 3 Asia City. Ok gak untuk yg ingin bajet atau backpack. Sebenarnya aku tak balik b ersama grop sbb nak ke Labuan.

Hari 4. Awal2 pagi lagi ke Jesselton Point untuk dapatkan trip pertama ke Labuan jam 8 pagi. Dlm sehari ada 2 trip saja. Klu terlepas trip ni kena tunggu 1.30 ptg lak. Untuk ke Labuan kita boleh pilih sama ada melalui KK atau Menumbuk. Dari KK ke Labuan 3 jam. Sekiranya anda pilih Jeti Menumbuk, anda boleh ambil bas expree ke menumbuk. perjalanan 2 jam. tambang RM14. Kemudian anda sambung dengan feri biasa..2 jam lagi. Tambang RM5. huuuuuh dah jadi 4 jam. Tapi kita ada alternatif. pilih saja speedboat. tambang RM15. masa diambil cuma 25 minit.
Kami sampai di jeti pukul 11.00 pagi. Perkara utama yang dicari ialah kedai makan. Kat sini banyak kedai makan terutamanya mamak. mungkin juga majoriti penduduk disini beragama islam. Selepas perut pun dah kenyang, kami mula menyusuri deretan kedai2 lama. Bagi ku x banyak perubahan disini. dari dulu cam tu juga. kalau ada pun, komplek kewangan ajer. Perkara yg pelik bagiku ialah tempahan hotel. Mereka tak mahu advance reservation. katanya just walk-in. Aku cuba minta nak tempah 20 bilik, ingatkan dia org suka, hampeeh tul. x terima nya. Gagal aku nak bawa group ke sini. Mengikut pengalamanku, aku tahu sbbnya tak nak terima tempahan sebanyak itu. Kalau hotel ditempat lain,...u r welcome!!. Aku tau sebabnya. mudah saja. walaupun aku tempah 20 bilik tp 2 malam sahaja, tapi kalau bilik2 tu ditempah oleh staff offshore mungkin sebulan dua. mana lagi untung. apa apa pun dapat gak aku menginap di Hotel Pulau Labuan untuk semalam saja. Pada petang hari aku berjalan kaki ke Komplek Kewangan. Itu saja tempat yg aku kira hapening.... Letih merayau2, pulang ke hotel akupun zzzzzzz.

Hari 5. Bangun pagi, mandi dan siap2 untuk sarapan. Saperti biasa cari kedai mamak, pekena roti canai. Apa yang aku rasa pelik kat sini ialah Kedai Emas dan Gunting Rambut dibuka seawal 7 pagi. saper nak beli awal2 camni?. Tapi mungkin dah jadi kebiasaan kot kat sini. Selesai sarapan, ambil teksi ke Airport. Just 10 minit jer. Tambang satu teksi RM12. 10.30am aku pun terbang pulang ke KL. Bye! Bye! Labuan. C U Next Time