Salam Sejahtera !!


Tuesday, July 12, 2011

Lesen Pelancongan





Minggu lepas ada sorang tu telpon saya. Bang..susahkah kalau kita nak apply Lesen Travel. Saya tanya dia kembali. U keje apa?. Dia jawab, Webmaster. Susah ke senang nak wat website. Dengan selamba jer dia kata, ala..macam kacang. senang jer bang. Kesimpulannya dari itu saya rumuskan bahawa sesuatu kerja itu memang mudah dan senang apabila kita telah biasa. Begitu juga dengan permohonan lesen Pelancongan.

Kita ni bukannya Superman atau Superhero atau Mc Gyver yang tahu seba serbi. Setiap orang ada kelemahan dan kepakaran masing-masing.

Walaupun kertas kerja banyak dipalagiat oleh pihak tertentu, namun masih ada beberapa perkara rahsia yang mereka tak perolehi. Bak kata kalau nak wat karipap. Kita lihat hasilnya cantik dan sama kerana menggunakan acuan yang sama. Tetapi rasa inti tetap berbeza. Pembeli akan memilih yang enak dan sedap dan bukannya pada rupa yang sama.


Antara sebab mengapa ramai yang berminat dengan bisnes ini ialah Bisnis Perkhidmatan. Oleh yang demikian modal yang diperlukan adalah untuk overhead sahaja. Tiada keperluan Raw Material seperti lain2 biz, kerana kita akan terima bayaran dulu sebelum servis diberikan. Lagi satu, perniagaan ini lebih relax dan santai. Amat sesuai untuk yang minat melancong dan shopping.

Tetapi untuk mendapatkan lesen juga adalah rumit. Kalau nak beli yg sedia ada, semuanya 200K++. Mau x mahu kita mesti cuba buat sendiri. Lebih Jimat.



A. Apa yang anda perlukan ialah:
1. Daftarkan perniagaan anda melalui Setiausaha Syt. (Syt Sdn Bhd)
2. Paid Up Capital 200K (bayaran dikenakan oleh Co. Sec 4600 - 5K)
3. Pilih Nama yang sesuai (Travel & Tours, Holiday, Vacation dll)

B. Memohon Lesen Dengan Kementerian Pelancongan
1. Permohonan adalah melalui Sistem Perlesenan Industri Pelancongan
2. Submit Kertas Kerja/Rancangan Perniagaan & perkara2 berkaitan saperti Pend. Syt, Sijil,
Pakej2 Pelancongan, Sijil2 Perakuan, Networking dll.

C. Apabila diluluskan
1. Sediakan premis perniagaan (2 bln dari surat kelulusan)
2. Jadi Ahli MATTA/Bumitra dll RM750 (pend/Yuran Tahunan)
3. Hadiri Kursus yg disediakan oleh Kem. Pelancongan RM750
4. Sediakan Gambar Pelan lantai/lokasi (untuk diperiksa)

D. Setelah selesai diperiksan
1. Bayar lesen Tahunan Inbound+Ticketing RM420/tahun

E. Sah Untuk Beroperasi

Anggaran Modal Yang Diperlukan
Pendaftaran Syt Sdn Bhd paid Up 200K 4,600.00
Bayaran K/Kerja/Konsultan (Kpd Kami) 5,000.00
Jumlah Kecil 9,600.00

Keahlian MATTA/Bumitra 750.00
Bayaran Kursus (Wajib) 750.00
Bayaran Lesen Inbound/Ticketing 420.00
JUMLAH 11,520.00

Antara Syarikat-syarikat Pelancongan yang telah menggunakan perkhidmatan kami untuk permohonan lesen dan konsultan ialah:
     1.  Forty One Recreation & Travel, Kemaman
     2.  Grow Travel & Tours Langkawi
     3.  Isky Travel & Tour Ipoh
     4.  Komas Safar Travel & Tour, Ipoh (Milik Penuh Koperasi Masjid Negeri Perak)
     5.  As Emad Travel & Tour, Ipoh
     6.  JAV Holidays, Ipoh
     7.  SAB Travels & Tour, Bandar Baru Bangi
     8.  Kota Aur Travel (Madin Al Syarif) Kemaman, Terengganu
     9.  Anstech Travel & Tours Kajang
   10.  Walasa Tours & Travel, Kuala Lumpur
   11.  PDC Travel & Tours, Bandar Baru Bangi
   12.  NNS International Holidays Kuala Lumpur
   13.  Nafas Travel Services Sdn Bhd, Sepang
   14.  Ad Denni Travel & Tours Sdn Bhd, Sg Buloh


Sekiranya anda bercadang untuk menubuhkan Syarikat Pelancongan, sila hubungi saya untuk khidmat bantuan.

019-6465393
destinasicuti@yahoo.com / ismailmkhir@yahoo.com
YM id: destinasicuti
Skype: ismaelmkhir