Salam Sejahtera !!


Sunday, August 22, 2010

Alahai..Ho Chi Minh

Penulis di hadapan Sheraton Hotel yang bersebelahan dengan Masjid, Dong Du Street, HCM

Perjalanan ke HCM lebih singkat kalau nak dibandingkan dengan Jakarta atau Bandung. Perbezaan masa adalah 1 jam lebih awal. Waktu HCH adalah sama dengan WIB (Waktu Indonesia Barat seperti Jakarta & Bandung). 3 perkara utama yang amat dirasai di HCM ialah Lalulintas, Makanan Halal dan Shopping.Antara pilihan di Ben Thanh Market

Walaupun tiada lampu isyarat di sini(ada le 1 dua saja), perjalanan berjalan lancar. tak ada accident pun. Mereka sabar agaknya. Naik motor pun tak ler laju walaupun anda jarang jumpa polis traffic. Kat negara kita, lagi ramai polis jaga lagi ramai yang nak tunjuk action. Saya bertanya pada teman di sini, mana polis, tak nampak pun. Dia jawab, polis ada kat balai dan tak perlu ronda pun semuanya suksess. Dan saya ambil keputusan mengatakan bahawa di sini aman dan tiada kegiatan mat rempit dan kes ragut. kita bebas kemana sahaja. Yang menjadi masalah ialah bahasa pertuturan.

Keduanya makanan halal. Walaupun banyak juga terdapat restoran Halal, kehalalalnya setakat mana kita tak tahu kerana ownernya kebanyakkannya bukan Islam melainkan yang dipunyai oleh Melayu Champa. Kiranya anda menginap berhampiran Masjid Jamek iaitu di Jalan Dong Do ada 3 Restoran Halal iaitu, Restoran Bombay, Halal @ Saigon Dan Four Season. Malam pertama kami makan di
Halal@Saigon. Maaflah, harganya boleh dikatakan mahal. Untuk seorang sekali makan anda perlu ada RM20.00. Tadi saya berbuka di Parkson Foodcourt, makan nasi Briyani. Okey juga harganya RM 12.00 termasuk air teh tarik. Kat Foodcout ini ada 2 gerai Halal iaitu satu gerai Mamak dan satu lagi Selera Anjung Malaysia yang menyediakan nasi campur. Esok nak cuba makan kat Four Season yang terletak disebelah Mai hotel dan hadapan hotel yang saya inap iaitu Ngoc Minh.
Hari 3 - berbuka puasa di Four Season. Cadangan asal nak makan nasi ayam RM 12. Tetapi last minit ubah fikiran, makan nasi biasa (hidang). Aduhai..USD 12 seorang (RM38). Selepas berbuka, berjalan kaki ke Masjid. Disini kita boleh jumpa ramai rakyat Malaysia. Solat Taraweh, adalah lebih kurang 100 orang. Selepas solat Taraweh lepak kat Kedai Mapley (Restoran Bombay). pekena roti canai dan kopi o Vietnam. Harganya boleh tahan gak. 2 kopi o, 1 teh ais dan 1 roti telor + 1 roti canai USD 7 (RM22) huh!!!lumayan pak. Rotai canai segera RM2.50 dan Roti telor RM 6.50.
Kesimpulan apa yang dipelajari di sini ialah :
1. Harga Makanan Halal Mahal
2. Hotel bersepah2, tp tak besar. harga dari USD 30
3. Restoran Halal boleh dipersoalankan.kehalalalnya
4. Lalulintas kelamkabut sebab tak ada lampu isyarat tp perjalanannya okey
5. Tiada Polis yang meronda-ronda
6. Anda boleh guna Dong dan juga USD
7. Untuk shopping, harga kain ela murah dan banyak pilihan. Kalau nak beli sila datang ke sini
8. Barangan sukan dan beg, walaupun bukan asli tp Gred A
9. Jarak penerbangannya lebih dekat dari Jakarta/Bandung
10. Airasia...seperti biasa, peraturannya tetap berbeza antara 1 airport dgn airport yg lain
11. Info terkini..anda harus berhati dgn petugas di Airport HCM. Mereka sengaja ingin periksa
beg anda. Klu tak mahu periksa x apa...just bayar US20. Itu pintanya. Cadangan - setiap
belian anda harus ada resit. bila mahu diperiksa, tunjukkan resit

1 comment: