Salam Sejahtera !!


Monday, July 26, 2010

Bengkel Website


Salam Sejahtera,

Per: Bengkel Membina Laman Web Secara Praktikal Dan Mudah
Perkembangan dunia ICT terlalu cepat. Kita merasa diri amat kerdil, kerana gagal mengapai apa yang kita hajati di dunia tanpa sempadan seiring dengan pengguna internet di Malaysia dianggarkan 15 juta dan pertambahannya terlalu pantas.

Bengkel ini akan menjawab persoalan: "Bagaimana memulakan proses membina website dari kosong (tanpa asas) sehingga terhasilnya sebuah website promosi yang lengkap dan terus boleh digunapakai untuk promosi apa juga bisnes yang anda sedang ceburi" Caranya amat mudah dan anda tidak perlu menjadi seorang pakar dalam bidang IT untuk memulakan proses mencipta dan membina sebuah website perniagaan yang baik.

Bengkel ini dikendlikan secara interaktif dan tidak formal bagi memastikan peserta dapat mengikutinya walaupun bermula dalam keadaan buta IT, setiap orang memiliki peluang sama untuk menjana pendapatan besar di Internet. Semuanya bermula dengan pengetahuan asas mengenai website.

Saya bukan pakar teknikal dan hal-hal yang bersifat teori dan berciri akademik, namun saya mempunyai teknik dan cara tersendiri yang lebih menekankan kepada bagaimana melakukan sesuatu yang berhasil dan menguntungkan.

Bengkel ini merupakan peluang keemasan kepada Orang Baru (Newbie) kerana kaedah pengajaran dan praktikal secara berpimpin dan memberi peluang setiap orang merasai sendiri pengalaman manis yang amat menyeronokkan apabila masing-masing berjaya menyiapkan sebuah website yang baik dengan "air tangan" sendiri.

Hi, nama saya Ismail Khir dan saya bukanlah individu yang mempunyai latarbelakang IT. Cuma kedudukan saya hanya selangkah dihadapan anda. Segala ilmu membina website ini saya kutip dari bengkel, seminar serta pembacaan samaada melalui buku ataupun ebook. Pembiayaan saya untuk mendapat pengetahuan ini juga besar. Begitu juga masa dalam mempraktikkan Try & Error. Antara penghasilan terbaru saya ialah panduancuti.com dan destinasicuti.com.

Hasil dari pembelajaran dan pembacaan itulah saya garapkan agar anda dapat memperolehi ilmu ini dalam masa yang cukup ringkas. Mungkin sehari atau pun dua hari sahaja. Perbelanjaan anda juga cukup murah. Bandingkan tawaran yang diberikan oleh pihak lain.

Fikirkanlah siapa diri anda sekarang Ini. Anda lebih faham kelebihan,
kekurangan, Kekuatan juga kelemahan sendiri.

Logikkah anda ditempatkan di Tahun 6, sedangkan anda baru saja nak bersekolah dan
belum lagi mahir dengan ABC. Hal sebegini pasti terjadi sekiranya anda menyertai bengkel dalam kumpulan yang ramai. Apakah anda pasti anda akan mendapat tumpuan dari tenaga pengajar.

Apakah anda pasti akan mendapat khidmat pakar yang sanggup mengadakan bengkel One On One, dengan masa dan bajet anda.

Sekiranya jawapan anda YA, anda TIDAK layak sertai bengkel ini. Dan sekiranya jawapan TIDAK, carilah kami. Kami sanggup membimbing anda sehingga siap hasil kerja tersebut dipaparkan untuk tatapan umum.

Setiap perniagaan yang dijalankan secara online sudah pasti memerlukan website. Ini adalah rukun utamanya. Tak kiralah apa pun perniagaan seperti jual keropok, kain batik, ikan masin, MLM, jual kereta, rumah dll. Sekiranya kita berkebolehan membina website apa saja boleh kita buat mengikut jenis2 perniagaan. Hanya diri anda sendiri yang tahu apa kemahuan anda. dan bukannya webmaster.

Tahukah anda, ramai usahawan internet TIDAK mempunyai produk sendiri. Mereka ini men-jual produk orang lain. Ianya dikenali sebagai affiliate. Perkara utama yang harus anda ketahui untuk ini adalah website juga. Anda harus tahu membina website bagi tujuan promosi.

Oleh itu rebutlah peluang untuk menyertai bengkel membina website. Pilihlah mana-mana agensi yang menganjurkan. Anda bebas membuat pilihan. Kami hanya membuka peluang dan ingin membantu. Sekiranya anda memilih kami, Insyaalah saya akan pimpin anda menuju ke satu matlamat.
...seterusnya sila layari http;//www.jombuatweb.com

No comments:

Post a Comment