Salam Sejahtera !!


Thursday, September 16, 2010

Hotel Singapura Termahal

Kos penginapan satu malam RM529 meningkat 22 peratus. Sekiranya kita bermalam 2 malam di Singapura telah menyamai perbelanjaan penuh kita ke Bali (Termasuk Tiket penerbangan, Hotel dan pengangkutan). Fikir-fikirkan lah..............

KADAR bayaran bilik hotel di Singapura adalah yang termahal di rantau Asia Pasifik, demikian mengikut satu kaji-selidik mengenai harga hotel di bandaraya utama seluruh dunia.

Kaji-selidik dijalankan pengendali tempahan hotel secara online, Hotels.com, mendapati secara purata kos penginapan bilik hotel di Singapura pada suku kedua tahun ini adalah S$230 (RM529) satu malam, meningkat 22 peratus daripada tempoh sama tahun lalu.
Tokyo pula menjadi bandaraya kedua paling mahal dengan harga bilik hotelnya pada AS$156.80 (RM486) satu malam, turun enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala Sydney di tangga ketiga pada AS$148.50 (RM460), naik 16 peratus.

No comments:

Post a Comment