Salam Sejahtera !!


Thursday, September 30, 2010

Fam Trip



Traffic on the main road in Pekanbaru
Cuba perhatikan, apa kereta yang banyak atas jalanraya Pekanbaru?
Kereta2 ini di panggil Kereta Jantan (4x4) - Pemandangan di Pekanbaru

Minggu lepas, aku terima satu email dari temanku Fabrianur. Fabrianur atau aku panggilnya Rian adalah pemilik Biro Perjalanan Wisata di Pekanbaru Indonesia. Aku pernah menggunakan perkhdimatan syarikatnya semasa mengadakan Lawatan Kerja bersama Majlis Perbandaran Kemaman.
Antara kandungan surat itu adalah, adalah dijemput menyertai Fam Trip di West Sumatra. Untuk individu yang x tahu apa itu Fam Trip.....Fam Trip adalah lawatan yang dianjurkan oleh pihak2 tertentu untuk mempromosi negara, negeri atau kawasannya. Ongkosnya...beres..semua bisa diatur oleh penganjur. Hanya bawa dirinya.
Tahun lepas juga aku ada join FAM TRIP ke Selatan Thailand. Tujuan TAT (Perbadanan Pelancongan Thailand) ialah nak promosi Floating Maket Hatyai. Ada ler 70 org wakil Agensi Pelancongan dari Malaysia. Tapi....yang malangnya, dari seramai itu, hanya ada 3 orang je Bumiputra. Melayu lah tu...Aku, Zul CS Holiday & Elias my partner. Semuannya juga FREE..
Modern architecture in Pekanbaru
Perpustakaan Pekanbaru. Saperti Rehal

Berbalik pada jemputan tadi, aku accept saja. pergi belum tentu lagi....kes-kes cam ni biasalah. yang penting Yes first. Awal tahun ni juga aku gagal hadir ke Cruise walau segalanya di sponsor. Apa apa pun harap dapat join, kerana aku diberitau bahawa pesertanya dari Seluruh dunia. Woooow......... ada peluang untuk promosi Malaysia. 1Malaysia hehehehe.........

No comments:

Post a Comment