Salam Sejahtera !!


Saturday, March 16, 2013

Pakej Fullboard Vs Free N Easy

dah hampir 20 bulan aku x update blog ni. Nak buka tdi pun terkial-kial cari passwordnya.  Nak kata sibuk taklah sesibuk mana pun.  Cuma penyakit yag satu tu saja.....penyakit malas.  
Sebenarnya dalam masa masa tersebut, banyak  juga group yg aku bawa ke luar negara.  Adakalanya aku iringi sendiri.  Dan bagi kumpulan yang kurang dari 10 orang, semuanya diuruskan oleh agen aku di sana.


Bila kita berbicara tentang melancong keluar negara, bukan semuanya peserta faham.  Faham tentang tugasan dan juga apa yang mereka akan dapat.  Lebih2 lagi jika ianya disponsor oleh majikan.  Untuk menjimatkan perbelanjaan agaknya, banyak juga yang aku dapat pakej Free & Easy saja.  Free & Easy ni bermaksud aku kena sediakan penginapan, sarapan pagi dan airport transport saja.  Inilah masalahnya.  Peserta mahukan lawatan dan makan minum.  Walhal kita tidak diperuntukkan bajet untuk tujuan tersebut.  Mulalah masam muka dengan kita.  kata servis tak bagus kerana tak ada itu dan ini.  Abis nak wat camner...bajet ciput.

Lainlah kalau majikannya sediakan Pakej Fullboard.  Fullboard atau ada orang juga sebut All In. Kalau pakej yang ni memang berbaloi.  Peserta hanya bawa duit poket sahaja.  Yang lain kami sediakan termasuk makan minum, lawatan dsb.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment